MACAM MANA NAK TETAP MENULIS WALAUPUN TAK ADA MASA ?

 


Selalu juga CA cemburu dengan mentor atau guru penulisan berjantina lelaki. Mereka selalu kongsikan banyak tip waktu bila nak menulis dan waktu bila nak membaca. . Tapi tak banyak pun CA dapat ikut sebab CA perempuan dan isteri yang biasanya tak banyak masa macam mereka. Katanya, menulislah waktu pagi selepas solat dan mengaji. Tapi itulah, waktu itu sibuk uruskan anak-anak yang hendak bersekolah. Sibuk sediakan sarapan. Uruskan anak kecil yang merengek nak susu, lapar dan sebagainya. . Ada yang kata, kita yang susun jadual kita. Usahakanlah selit di mana-mana untuk menulis. Seminit, dua minit pun tak mengapa. Asalkan setiap hari tetap teruskan proses menyiapkan naskah kita. . Susunan masa ini sangat berbeza setiap isi rumah. Bagi yang tiada anak, bagi yang ada anak 3, bagi yang anak 8 dan masih kecil semua. Berbeza juga bagi yang ada anak 7 tetapi sebahagian sudah besar dan boleh membantu. Atau bagi yang suami jenis ada di rumah dan sering membantu. Atau juga suami yang jenis bekerja jauh, offshore dan sebagainya. Perlu hantar atau ambil anak sekolah beberapa kali sehari. Perlu masak beberapa kali sehari. Yang belanja barang dapur seminggu sekali, sebulan sekali, atau setiap hari pergi kerana perlu berjimat, makan gaji hari. Ada pula yang banyak masa tetapi tidak ada sokongan orang keliling. . Ujian masing-masing. . Macam CA juga. Dulu orang kata CA banyak beralasan. Tak, sebenarnya waktu itu, CA sudah pilih dan susun fokus ikut kepentingan. (priority) . Namun kepentingan kita berubah-ubah. Empat tahun lepas, kepentingan CA adalah Anas untuk pulih dari ekzema. Sekarang, kepentingan CA adalah mencapai beberapa perkara. . Jadi, sebenarnya, waktu yang CA tak dapat menulis itu, waktu itu menulis bukan kepentingan. Bila ia jadi kepentingan, ia dapat diselitkan mengikut tip yang diajarkan. . Kerana setiap masa, kepala kita masih berkisar dengan apa yang mahu kita tuliskan. Bila ada masa, hanya duduk dan terus taipkan. . Begitulah kawan. Setiap perkara telah Allah aturkan untuk kita menyelesaikan tanggungjawab secara berpatutan. . Asalkan kepentingan yang utama tetap mengesakan Allah - Tuhan segenap kehidupan. CA kongsikan antara tip untuk tetap menulis walau tidak punya masa. Tip-Tip ini semua CA dapatkan dari sifu penulisan dan juga pembacaan. Ia amat membantu : 1- BERANGAN ATAU BAYANGKAN Kita boleh buat perkara ini sambil memasak. CA selalu bercerita tentang apa yang CA nak tuliskan kepada anak semasa memasak. Idea berkembang dan kadang jadi lebih menarik. Boleh juga cuba buat semasa berkebun, semasa uruskan bayi, semasa mengemas rumah, menjemur pakaian dan lain-lain. 2 - SENTIASA ADA BUKU NOTA KECIL Ini sangat banyak diulang oleh sifu penulisan. CA selalau tertinggal juga, tapi kita kan ada sesuatu yang kita tak pernah lupa - SMARTPHONE! Tuliskanlah dalam aplikasi yang memudahkan anda. CA suka simpan dalam Telegram. Buat channel sendiri untuk simpan segala idea. 3 - GUNAKAN VOICE NOTE Kadang, masa memandu kenderaan pun boleh muncul idea. Nak tulis macam mana? Sebab tu CA suka guna earphone bila keluar memandu. Rekodkan suara dan luahkan idea terus ke dalam channel telegram CA tadi. Mudah kan? 4 - TULIS WALAU DUA MINIT! Ini tip dari Tuan Zamri Mohammad. Sifu CA dalam Sekolah Penulisan Ramdan yang akan berlangsung lagi kali ke-3 ramadan ini. Katanya, walau ada masa 2 minit, tuliskan apa yang boleh di tulis. 2 minit dari pukul 8, 2minit dari pukul 9, 2 minit dari pukul 11, 2 minit dari pukul 3 dan seterusnya, akhirnya kita akan dapat rentak kita sendiri. Ini CA dah cuba, ia sangat membantu kekalkan semangat untuk terus menulis. . . . Setakat itu saja buat masa ini, kalau ada lagi, nanti CA kongsi lagi ya. Jom tulis! #CikAyuisTyping #PenulisDanPenulisan #bebelapaharini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama