Kalian tahu tentang Sutrah semasa solat?



Tolong ambil perhatian, solat tanpa meletakkan sutrah selalu terjadi di tempat solat wanita.
.
.
.
Semalam, dalam perjalanan pulang, kami berhenti solat di R&R. Kami pilih solat di surau stesen minyak sebab biasanya tak ramai sangat dan tak jauh nak berjalan.
.
Semasa kami sampai, memang hanya kami empat beranak yang baru nak solat. Ada dua tiga orang lain yang dah siap tengah nak pakai tudung.
.
CA dan anak terus dekat menghadap dinding supaya dinding menjadi sutrah. Namun ada jarak dengan dinding sebelah kiri. Lupa nak bawa sejadah, di surau juga tidak ada sejadah, jadi tudung kami gunakan sebagai alas tempat sujud. Semalamnya pun begitu.
.
Selesai CA solat, ada seorang akak ni baru mulakan solat betul belakang CA dan tidak menggunakan sejadah atau apa saja dihadapannya. Kosong sahaja. Sebelah kirinyanya berderet beg-beg dia dan anaknya merapat ke dinding. Anak perempuan kecilnya siap duduk mewarna di situ.
.
Serba salah nak keluar. Tak boleh nak lalu. Akhirnya CA terpandang handbagnya yang bentuknya menegak.
.
"Dik, ini beg ibu ke?" soal CA perlahan pada anak yang asyik mewarna. Dua kali CA tanya untuk sahkan. Dua kali juga dia mengangguk.
.
CA capai perlahan dan letakkan di hadapan tempat sujudnya. Kemudian barulah CA dapat keluar.
.
Niat CA jadikan handbagnya sebagai sutrah - pembatas bagi solatnya.
.
Sepatutnya dia sendiri kena letakkan sutrah itu, bukan orang lain. Tapi, dia mungkin tidak tahu berkenaan sutrah.
.
Perkara macam ni selalu CA jumpa bila bermusafir atau solat di surau di tempat awam seperti ini.
.
Jadi, CA beranggapan, ramai lagi yang tidak tahu, berjalan di hadapan orang yang sedang solat tanpa sutrah atau penghadang/pembatas adalah HARAM.
.
.
Ya, Haram. Sebagaimana dinyatakan dari sabda Rasulullah ﷺ dalam tiga hadis sahih berikut:
.
.
Hadis 1:
.
Abu An-Nadir mantan budak 'Umar bin 'Abaidullah dari Busr bin Sa'id bahwa Zaid bin Khalid mengutusnya kepada Abu Juhaim untuk menanyakan apa yang didengarnya dari Rasulullah ﷺ tentang orang yang berlalu di depan orang yang sedang solat.
.
Abu Juhaim lalu berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Sekiranya orang yang berlalu di depan orang yang mengerjakan solat mengetahui apa akibat yang akan ia tanggung, niscaya ia berdiri selama empat puluh lebih baik baginya daripada dia berlalu di depan orang yang sedang solat."
.
Abu An-Nadir berkata, "Aku tidak tahu yang dimaksud dengan jumlah 'empat puluh itu', apakah empat puluh hari, atau bulan, atau tahun."
.
(Hadis Riwayat Sahih: Bukhari 480, Fathul Bari 510)
.
.
Hadis Ke-2:
.
Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya dia berkata,
.
"Saya membaca di hadapan Malik dari Zaid bin Aslam dari Abdurrahman bin Abi Sa'id dari Abu Sa'id al-Khudri bahwa Rasulullah ﷺ bersabda,
.
"Apabila salah seorang dari kalian solat, maka janganlah dia membiarkan seseorang lalu di hadapannya, dan hendaklah dia (yang sedang solat) menghalanginya (orang yang hendak lalu) itu semampunya. Jika orang itu tetap mahu melintas lagi maka bunuhlah ia (perangilah) dia kerana sesungguhnya dia adalah Syaitan."
.
(Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)
Dari Musa bin Thahah dari Ayahnya, Thahah bin Ubaidillah dia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda,
"Apabila kamu memasang sutrah (pembatas) di depanmu seperti kayu di belakang binatang kendaraan, maka tidak akan memudharatkanmu orang yang lalu di depanmu".
(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud, 587)
.
.
.
Sebenarnya, masih banyak lagi hadis-hadis sahih berkenaan sutrah ni.
.
Ada pendapat menyatakan wajib dan ada yang mengatakan sunat. Pendapat sunat itu jatuh bila yakin tidak akan ada yang berlalu melintasi kita semasa solat.
.
Pendapat yang mengatakan wajib pula bila kita tidak yakin dan kita tahu kita solat di tempat yang orang berkemungkinan akan lalu.
.
Sebenarnya, panjang jika mahu dikongsikan sampai habis hal ini.
.
Sebelum CA tahu tentang sutrah, CA sendiri dah ada rasa tidak sedap hati untuk melintas orang yang sedang solat, atau membiarkan orang melintas CA bila sedang solat.
.
Mak ayah dulu juga tidak tahu tentang sutrah ini, tetapi selalu ingatkan jangan lalu depan orang solat.
.
Kita sepatutnya tahu, orang yang sedang solat itu sedang menghadap Allah. Kita yang solat juga kena ingat, kita nak solat ni, nak hadap Allah. Jadi, jangan lalu atau biar orang ada peluang untuk lalu depan kita yang sedang solat.
.
Ia boleh mengganggu khusyuk dan kita pun jadi orang yang tidak peduli. Tak kan nak begitu pula, kan?
.
CA sebolehnya cuba dapatkan tempat solat yang orang tidak akan berlalu atau melintas depan CA.
.
Tapi, sejak CA baca hadis pertama yang CA kongsikan di atas beberapa tahun lalu, memang rasa keras kaki nak melangkah depan orang solat TANPA SUTRAH.
.
Dalam post ini, CA kongsikan secara ringkas sahaja. Jadi, CA sertakan link-link untuk kalian jadikan rujukan agar lebih faham.
.
.
.
CA harap perkara ini dapatlah sampai kepada sesiapa yang belum tahu agar tahu dan cuba fahami dengan lebih dalam lagi. Lebih lagi kepada mereka yang selalu solat di surau-surau atau tempat awam.
.
.
CA kongsikan infografik yang menggunakan sumber dari laman Mufti Wilayah Persekutuan.
.
.
.
.
Tak sempat pula nak beritahu akak tu tentang sutrah. Moga, dengan tindakan CA tu, akak tu terfikir kenapa dan mengapa, insya-Allah dengan izin Allah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama