BEKALAN SEBELUM MULAKAN BISNES

 



 


Ada seorang sahabat lama, tanya pendapat, beliau nak berhenti kerja dan nak mulakan bisnes. Dia tanya, apa bekal asas yang dia perlu ada.

CA ni bukanlah ikon ke, atau figura
hebat
yang dah ada bermacam rekod pencapaian. Dia minta pendapat CA katanya, kerana CA dan suami dah lama tak kerja dengan orang dan suka bisnes. Paling utama, CA jenis cakap tegak, dan tak ada selindung, katanyalah.
Jadi beginilah CA jawab;
Nak capai sesuatu, bukan setakat kena berani dan rajin. Tapi kena kuatkan mental dan rohani, paling penting kena ada ilmu.
Bukan sekadar ilmu kaedah melakukan pekerjaan, tetapi ilmu mengatasi pelbagai dugaan dan cabaran.
Ilmu yang ada dalam Sunnah dan Al-Quran.
Allah dah tunjukkan bagaimana untuk kita hadapi segala ujian. Allah dah ceritakan melalui kisah-kisah Nabi dan umat terdahulu.
Contoh, kita nak berniaga, biasanya kita belajar cara buat jualan, cara buat pemasaran.
Selalunya, kegagalan datang bukan kerana tidak ada ilmu menjual dan memasarkan, tetapi ilmu untuk menghadapi dugaan-dugaan dalam perniagaan.
Bukan sekadar cara nak kira untung rugi, cara nak pusing modal, cara nak dapatkan tender, cara buat proposal menarik, bukan itu saja.
Ilmu untuk kita menangani emosi dan kekacauan semangat bila jualan tak capai target, bila salah pelan pemasaran, bila tak balik modal, bila proposal ditolak, ini semua adalah sangat penting dari yang lain.
Agar, bila kita terpaksa hadapi semua ini, kita tidak jatuh kemudian terus pengsan, hilang semangat dan mengalah dengan hidup.
Kita perlu belajar bagaimana menerima kekalahan. Bila kita terima kekalahan dengan tenang dan sabar, itulah kemenangan sebenar.
Dari sirah yang tercatat dalam al-Quran, Nabi-Nabi, lelaki soleh dan wanita solehah semua diuji dengan pelbagai ujian berat, namun dapat menghadapinya dengan penuh ketenangan dan akhirnya mencapai kemenangan abadi.
Jika kita fahami ilmu ini, iaitu ilmu menghadapi ujian, jangan kata dalam bisnes, dalam hal apa sekalipun dalam hidup kita, kita terima dengan tenang.
Ujian itu Sunatullah.
Ujian itu fitrah kepada hamba.
Ujian itu penentu kejayaan di dunia akhirat.
Ujian itu untuk mengukur setakat mana kita memahami konsep takdir.
Tiada satu pun manusia yang tidak diuji.
Ujian bukan setakat miskin dan gagal.
Kaya dan berjaya juga ujian yang kita selalunya tak sedar.
Paling kita kena kuat pegang sebagai orang bisnes, konsep ini;
'Apa yang kita dapat, dan kita berjaya capai termasuk dalam takdir kita. Tidak ada satupun usaha kita meninggalkan kesan. Usaha itu sekadar memenuhi fitrah kehambaan yang tiada kuasa mendatangkan sesuatu.'
Pegang ini, insya-Allah, kita berjaya dunia akhirat.
.
.
.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama