LELAKI + WANITA = BEST FRIEND ? Boleh ke? . . Bagi CA sendiri, berkawan itu tidak salah sama sekali. Kita kenal dia, dia kenal kita. Dalam berkawan ini, pasti kita mahu cari banyak perkara baik dalam satu perhubungan itu, kan ? . Tapi apa yang kita terjemahkan sebagai "best friend" atau kawan karib itu? . Biasanya, kawan karib akan kongsikan banyak sangat perkara. Perkara yang seronok, yang sedih, hobi, minat, idea, masa dan emosi. Kalau tak sama minat pun, kawan baik ini akan menyokong dan membantu kita teruskan dengan minat dan hobi kita. Sentiasa bersama dalam suka dan duka. . Bila kita celaru, bila kita terasa nak meluahkan, bila kita perlu bahu untuk bersandar, biasanya kita cari best friend kita kan. Betul tak ? . Ok lah, CA menyerah, CA nak cerita kenangan lalu. CA pernah anggap seorang kawan lelaki ini sebagai kawan baik, di Kolej. Memang banyak sangat perkara kami kongsi. Contohnya kami selalu bertukar ilmu. Dia pandai penagturcaraan komputer, CA pula boleh kata fahamlah perakaunan. Jadi kami bertukar ilmu. . CA ada BFF (Best Friend Forever) perempuan, tapi si lelaki ni memang agak rapat dengan CA. Waktu ini, memang tak pandailah apa tu ikhtilat ke apa. . Tapi tetap jaga jugalah batasan antara lelaki dan perempuan tu. . Banyak jugalah kami kongsi sepanjang kami berkawan baik. Namun rupanya dia ada niat lain, dia mengaku dia "ada hati" pada CA. CA terpaksa tarik diri dari persahabatan itu sebab CA tak sedia pun untuk itu. (Hish tak mau cerita pasal hatilah, nanti jadi DRAMA SANGAT pulak, haha) . Waktu itu, BFF CA dan kawan-kawan yang lain memberi reaksi lebih kurang begini; . "Kan aku dah kata, tak ada maknanya dia anggap kau kawan baik, mesti ada udang disebalik mi." "Kan dah kata, macam kuch kuch hota hai tu lah, cuma kau Rahul, dia Anjeli, hah." . Berat kisah yang terjadi sebenarnya. Kami pun tidak berjodoh. Masing-masing sudah bahagia dengan jodoh yang Allah aturkan. Namun ia jadi pengalaman untuk jadikan CA seorang ibu yang sangat memberi perhatian kepada anak-anak dara CA. . Begitulah ceritanya. Boleh saja berkawan dengan lain jantina, atas urusan muamalah. Sebab itu dalam agama sendiri sudah ada cara menjaga batas pergaulan yang dinamakan ikhtilat. . Zaman kita ini, mungkin sukar nak jaga ikhtilat. Namun eloklah beringat dan terus beringat. Bila mula mengukir senyum dan bergelak tawa, ada saja hati terusik dan teruja. . Bergurau di media sosial juga ada batasnya. Bukan boleh hentam taram saja, mentang-mentanglah kita tidak pernah berjumpa. . Tak salah pun jika si kawan baik lain jantina ini jadi suka, dan niat baik pula nak jadikansah sentuh selamanya. Ikutlah cara yang sudah di ajar dalam agama beralaskan adat yang dibawa ayah bonda. Jika tertulis jodoh, tak mungkin ke lain perginya. . Tapi, jika sudah tidak ada urusan, eloklah jarakkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Jagalah batas perhubungan. . Kawan baik CA sekarang juga berlainan jantina, hari-hari buka mata, terllihat wajahnya, alahai orang sebelah kanan kita lahh, 😉 . Suamiku, BFF ku. BFF yang best sebab sentiasa tegur setiap kesilapan yang CA buat. . . . #CikAyuisTyping