Semak cara berdoa




Setiap hari kita berdoa. Kita meminta dari Allah. Tetapi kadangkala kita tidak perasan, doa kita itu seperti menyuruh-nyuruh Allah.


Cubalah duduk dan renungkan semula cara kita berdoa.

Berdoa ini sebenarnya seperti kita mencurahkan isi hati kita. Sewaktu kita ada sahabat yang kita boleh ceritakan apa yang ada dalam hati kita, kita ceritakan dengan penuh perasaan dan bersungguh-sungguh. Sehingga menangis.

Sebenarnya, kita boleh buat begitu di hadapan Allah. Itulah yang sebenar-benar dan sepatutnya berlaku dalam hubungan hamba dan Tuhan-Nya, Allah.

Berdoa dengan mencurahkan segala isi hati kepada Allah yang Maha Mendengar.

Perhatikan juga cara kita berdoa. Ini antara perkara dan tatacara berdoa yang sepatutnya kita amalkan :

Tata cara berdoa kepada Allah :

1. Berdoalah dengan ketulusan hati, dengan Ikhlas. Usah berselindung, usah takut dan malu untuk merendahkan hati kepada Allah. Luahkan segalanya. Allah sebaik-baik tempat mengadu.

2. Berdoalah dengan rasa Takut akan azab Allah. Rasakan dalam hati betapa kita tidak mahu mendapat azab Allah. Betapa kita tak mampu menanggung azab Allah.

3. Berdoalah dengan rasa tamak akan rahmat Allah. Sentiasa perbanyakkan meminta rahmat dari Allah kerana Allah sajalah Maha Pemberi Rahmat.

4. Usahlah berdoa hanya di waktu susah. Berdoalah juga di waktu senangmu. Seperti Nabi Sulaiman yang berdoa agar dijauhkan sifat sombong kerana telah mendapat kurniaan Allah yang tidak ada pada manusia lain.

5. Sertakan dan mulakanlah dengan Pujian kepada Allah. Sebutkan nama-nama Allah bersesuaian dengan doamu. Pujilah sifat Allah yangMaha Agung.

6. Usah ada rasa tidak sabar dan tergesa-tergesa untuk doa dimakbulkan. Berdoa minta jadi pandai, perlu ada proses belajar. Berdoa minta sihat, perlu ada proses berubat dan merawat. Jika tidak, ia seakan kita menyuruh dan mengarah Allah.

5. Pastikan kehidupan kita itu sentiasa jauh dari makanan dan minuman yang haram.

6. Janganlah berdoa untuk meminta perkara yang haram atau tidak disukai Allah.

Semoga kita sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang tahu kedudukan kita sebagai hamba-Nya.

Ayu Rashidah @ Cik Ayu

Nama sebenar Cik Ayu ialah Rashidah, tapi mak ayah dah panggil Ayu dari kecil lagi. Dah berusia 40 tahun pun. Ok, Cik Ayu berbisnes di rumah saja. Di Ulu Tiram, Johor. Bisnes utama ialah Freelance Designer/ghostwriter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan