HANA SOFIYA - BAB 1

 

BAB 1 -HANA (2010)

 "Kita ikut haluan masing-masing. Tapi awak jangan risau, bila usia kita dah capai 30, dan kita berdua masih belum kahwin, saya akan kahwin dengan awak."

Hana masih termenung memikirkan kata-kata itu. Entah kenapa, ayat itu berulang-ulang di fikirannya sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Dialog macam dalam drama. 'Ah ! Tak nak lah aku percaya.' Hatinya cuba menepis.

'Tapi Hana, umur kau lagi beberapa hari aje nak masuk 30!' Suara dalam kepalanya bergema.

‘Habis tu, aku patut bersedia ke macam mana ni ? Kau rasa dia betul-betul boleh jumpa aku ke ? Dah 7 tahun tau aku dengan dia 'loose contact' macam tu aje. Takkan dia boleh cari aku ?’ sambung suara itu lagi.

‘Ahhh, apa lah yang aku fikir ni. Tidak perlu rasanya aku mula mengharap. Takut ke usia sudah hampir masuk 30 tapi belum kahwin ?’

‘Jodoh itu bukankah rahsia Allah? Buat apa risau ? Buat apa pening ? Entah-entah Hafiz sudah berkahwin. Eh! Alaaaa mana boleh.’ Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang.

 'Haihhh, masih fikir lagi. Dah lah, nak mandi, dah nak maghrib. Huh!'

 *********

 “Ibu tak kisah tau kalau kau dah ada,”

“Dah ada apa ibu ni? Tiba-tiba aje.” Hana mecapai alat kawalan jauh Astro, dan ligat mencari rancangan yang menarik. ‘Oh ya, aku nak tonton CSI.’

“Jangan buat tak tau lah Hana. Minggu depan hari lahir kau tau. 30 dah, tau tak 30. Ibu 30 tahun dah ada empat orang anak tau.”

Bulat mata ibu melihat Hana yang berwajah selamba.

“Ibu,” Hana mencapai tangan ibunya dan diusap lembut.

“Ha nak bodek apa la tu,” pantas ibunya menebak.

‘Aduhh ibu, cuba lah biar orang habis bercakap.’ Getus Hana geram.

“Ibu, kita kena yakin dengan takdir Allah kan ibu, itu lah yang arwah ayah ajar kan ?” laju kata-kata yang keluar dari Hana.

“Pandailah kau nak petik nama arwah ayah pulak,” ibu mengelak dengan bijak sekali.

‘Ya Allah ibu ni, langsung tidak boleh di suap apa lagi.’ Lagi dia membalas di dalam hati.

“Ibu, Hana serius ni. Hana bukan tak ada calon bu, Tapi semua yang nak dekat dengan Hana, tak boleh buat Hana rasa, yess he’s the man, haaa tak ada rasa macam tu tau bu. Tak nak lah bila dah kahwin nanti, Hana kurang ajar dengan dia. Tak hormat dia. Ibu kenal Hana ni macam mana kan, kan kan bu,” Hana menepuk-nepuk atas telapak tangan ibu.

“Ibu bukan apa, ibu ni nak Hana cepat menikah. Kalau ibu dijemput Allah tu, dapatlah ibu pejam mata dengan aman damai.Tenang.” sahut ibu dengan suara lirih.

“Ibu tu, tak adalah modal lain, asyik ugut pasal mati aje.Ye ibu, bila jodoh Hana sampai, kahwin lah Hana nanti.” Hana memeluk lengan ibunya dan bersandar di bahu.

“Ye lah. Eh tapi kau tak terasa ke, adik kau dah ada dua orang anak tu?” sambung ibunya lagi.

“Ya Allah ibu ni dia sambung lagi, ok lah, Hana nak tidur. Penat dah fikir mana lah putera idaman ni tak sampai lagi, sesat ke apa, waze ada tak nak guna, penat tunggu ni dah weyhh,” bingkas Hana berlari naik ke bilik.

Sebenarnya, ada sesuatu yang Hana simpan. Sekian lama hal itu dia pendam sendiri tanpa sesiapa pun dalam keluarganya tahu. Tak mungkin Hana akan ceritakan pada Ibunya. Ia satu kenangan. Kenangan yang teramat pahit yang tak mungkin mahu diingat lagi. Tak mahu juga Hana lihat ibu bersedih bila mengetahui tentangnya nanti.

Hana takut untuk berkahwin. Hana takut akan hatinya hancur dan remuk nanti.

Biarlah kenangan itu Hana simpan sendiri. Telah lama pun berlalu. Hana redha. Selain Tuhan, hanya dia saja yang memahami dan hanya dia saja yang mengetahui apa yang ada dalam hati ini.

Jika ada jodoh kami, janji akan terpatri.

*****

“Ok bu, Hana pergi kerja dulu ya. Meh sini cium sikit,” Ibu peluk erat tubuhku.

“Esok jangan buat apa-apa appointment tau Hana.”

“Ya bu, dah sepuluh kali ibu pesan, Esok Kak Long, Abang Ngah, dengan adik balik, nak sambut Birthday Hana, ye ibu Hana ingat.”

“Ok, Lepas tu jangan lupa…”

“Ye, baik, esok Hana akan berkelakuan baik dengan calon-calon dari kawan-kawan ibu ya.”

“Ya Allah pandainya anak ibu,” Allah, ibu ni memang suka layan Hana macam budak kecil. Selepas berpelukkan sekali lagi, Hana terus masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan ke tempat kerja.

Ligat juga dia cuba fikirkan, siapalah agaknya calon-calon ibu itu. ‘Ya Allah, malasnya aku nak layan. Tapi demi memuaskan hati ibu, aku redha sajalah nampaknya.’

Ibu telah lama berkerja keras membesarkan Hana dan adik beradiknya seorang diri sejak ayahnya meninggal dunia 18 tahun lepas. Ibu jual nasi lemak, ibu jual kuih muih, ibu jual kain pasang, ibu jual pinggan mangkuk ikut trend. Kalau boleh, daun pokok jambu tu pun ibu nak jual. Ibu memang kaki berniaga. Pantang orang cari barang, tahu saja ibu mana dia boleh dapatkan.

Dengan bantuan Kak Long dan Abang Ngah, akhirnya kini ibu sudah punya restoran sendiri. Mereka telah bersama-sama mengumpul duit untuk dijadikan modal bagi membuka restoran untuk ibu. Ibu sekarang cuma jadi bos yang hanya perlu memastikan semua berjalan lancar kerana ibu sudah ada tiga orang tukang masak tetap. Mereka senang hati melihat ibu gembira. Ibu uruskan restorannya bersama adik Hana yang bongsu dan suaminya.

Tanpa sedar, perjalanan yang merempuh beberapa kesesakan telah pun sampai tujaunnya. Hana khayal mengingati perkara lalu. Hana terus masuk ke pejabat kerana pagi ini sudah ada temujanji yang menantinya.

“Cik Hana, Wakil syarikat Indah Setia Resources tak dapat hadir hari ini. Dia tangguhkan kepada hari esok.”

“Alahai Tina, kan saya dah inform, saya tak boleh ada appointment esok. Ada urusan keluarga.” Hana sedikit geram

“Tapi boss insist Cik Hana kena selesaikan sebelum minggu depan, jadi saya tak boleh tolak, terpaksa setuju dengan permintaan mereka. Esok Sabtu, Ahad cuti, Isnin dah minggu depan.” Ujar Tina dengan wajah penuh rasa bersalah.

‘Ya Allah matilah aku kena dengar bebelan ibu nanti. Mau pecah gegendang telinga aku ni esok. Tak boleh nak buat apa ni.’ Rungut Hana di dalam hati.

Dato’ Hisham pun boleh tahan juga ayatnya, pedas-pedas belaka. Walaupun Hana dikatakan anak emas syarikat, menurut gosip liar di pejabat, tapi bukanlah dia tidak pernah di marah oleh boss. Kalau buat salah, tidak mungkin lah boss nak belanja KFC pula kan.

 *****

Ayu Rashidah @ Cik Ayu

Nama sebenar Cik Ayu ialah Rashidah, tapi mak ayah dah panggil Ayu dari kecil lagi. Dah berusia 40 tahun pun. Ok, Cik Ayu berbisnes di rumah saja. Di Ulu Tiram, Johor. Bisnes utama ialah Freelance Designer/ghostwriter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan